Welcome To U All Dan Selamat Datang Wahai Penduduk Bumi.Ini Bukan Marikh Atau PLuto,Ini Blog,Jangan Hanya Terokai,Bacalah Setiap Pelusuk Blog Ini..Jika Seorang Anak Mampu Membaca,Kita Semua Juga Mampu

"I Really Commit Biggest Mistake Of My Life By Watching This Video".Pengguna Iphone Tertipu Dengan Video Di Youtube.





Pengguna iPhone 7 yang 'lurus bendul' menyesal menonton satu video tutorial di Youtube yang mengajar bagaimana untuk 'mendapatkan kembali' lubang jack headphone di iPhone 7 menggunakan drill.

Ya, dengan menggunakan drill.

Bagi yang belum maklum, Apple membuat kejutan apabila mengumumkan iPhone 7 tidak akan hadir dengan lubang headphone.

Disebabkan itu, pengguna-pengguna iPhone 7 yang terdesak mula mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan kembali lubang itu di iPhone terbaru mereka.

Blog tempatan, Wiser.my berkata,  satu video prank mengajar bagaimana untuk mendapatkan kembali lubang headphone di iPhone 7 menggunakan drill telah dibuat oleh seorang Youtuber, Techrax sebagai satira.








Video itu jelas merupakan satu prank kerana lubang headphone sudah tentu memerlukan litar khas untuknya, bukan dengan semudah membuat lubang menggunakan drill.

Tapi, malang bagi beberapa pengguna iPhone 7 yang lurus bendul, mereka mempercayaiprank itu seterusnya merosakkan iPhone mereka.

James Ceja menulis "Saya sudah cuba tutorial ini tapi skrin sudah rosak dan tidak berfungsi lansung... Saya sudah lakukan kesilapan terbesar dalam hidup saya dengan menonton video dia (Techrax) ini".




Komen Di Youtube



Komen Di Youtube

Komen para Troll di Youtube



Nak tahu bagaimana tutorial itu? Tonton video dibawah. Tapi ingat, ia hanya sekadar prank.Jangan cuba di iPhone 7 anda.



"I Really Commit Biggest Mistake Of My Life By Watching This Video".Pengguna Iphone Tertipu Dengan Video Di Youtube. "I Really Commit Biggest Mistake Of My Life By Watching This Video".Pengguna Iphone Tertipu Dengan Video Di Youtube. Reviewed by Jai Othman on 16:12:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.