Welcome To U All Dan Selamat Datang Wahai Penduduk Bumi.Ini Bukan Marikh Atau PLuto,Ini Blog,Jangan Hanya Terokai,Bacalah Setiap Pelusuk Blog Ini..Jika Seorang Anak Mampu Membaca,Kita Semua Juga Mampu

3 BENDA AKU BELAJAR DARI ORANG KELANTAN




Harini aku ada seminar di Tabung Haji Jalan Tun Razak KL. Ada la nak tambah ilmu sikit - sikit. Dan aku belajar 3 benda, actually banyak, tapi yang  ni aku nak highlight.

1. Buat apa yang Allah suka, Nescaya Allah bagi apa yang kita suka. 


2. Susah - susah kan diri tinggalkan apa yang Allah benci, Nescaya mudah - mudah sahaja Allah kabulkan hajat di hati 

3. Rezeki tak lambat tak cepat, Rezeki tak salah Alamat.


Kadang - kadang tu kita tak boleh dapat atau capai apa yang kita nak sebenar nya kita tak jaga hubungan kita dengan yang Maha Memberi.

Yang wajib jarang - jarang kita buat apatah lagi yang sunat sedangkan benda - benda ni yang Dia suka.

Dan kita jangan persoalkan kalau kita buat amalan wajib dan sunat tapi masih belum sampai rezeki tu maknanya bukan masa nya lagi untuk rezeki tu sampai kepada kita, yang penting konsisten dengan usaha kita.

Sama - sama lah kita nasihat menasihati satu sama lain
3 BENDA AKU BELAJAR DARI ORANG KELANTAN 3 BENDA AKU BELAJAR DARI ORANG KELANTAN Reviewed by Jai Othman on 20:15:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.